Tengahari 17 Disember 2012, aku dapat tahu mak kene serangan stok kali ke2..Time tu mak nak g bilik air..Tapi kaki die tersandung..Tu pun aku dapat tahu petang..Dapat tahu pun bile Iyong, kakak yang sulung post kat facebook.Terus aku call Kak Iti, kakak aku lagi sorang..Kak Iti pun cite....
Petang tu, terus aku call bagitau kat suami..Air mata aku dah meleleh-leleh..Malam tu memang tak dapat tido lena..Besoknya, dapat sms dari Kak Iti, kata mak dah makin tenat..Tengaharinya terus mak dipindahkan dari Wad Biasa ke Wad CCU..Aku nekad nak balik..Time tu aku tengah ngandung dalam 5 bulan lebih..Alhamdulilah..Malam tu jugak aku pulang ke Malaysia..Jam 9.30 naik Air Asia aku dengan suami dari Medan terbang ke LCCT..Malam tu tido dulu kat umah Kak Iti di Seremban, Negeri Sembilan.
Jam 7.15 pagi tiba di Hospital Kuala Pilah, time tu aku tengok dada mak berombak-ombak..Nurse kata tindakbalas mak sebab dimasukkan ubat..Mungkin mak rasa sakit kot..Jam 7.30 waktu melawat tamat..
Tengahari tu aku dengan Bibik Leha, adek mak masuk berdua..Sebab kalau Wad CCU, hanya dua orang pelawat yang dibenarkan masuk menemui pesakit..Time tu aku panggil mak.."Mak, Seri datang nie.."Dada mak makin berombak..Time tu mak dah separuh koma..Mata tak boleh bukak..Makan pun melalui susu yang diberikan ke dalam tiub..Tiub tu langsung terus ke dalam perut mak..Serius!! Aku sedey giler tengok keadaan mak time tu..
19 dan 20 hb Disember keadaan mak makin stabil..Dan boleh bernafas sendiri tanpa alat bantuan..
21 Disember mak dah dipindahkan ke Wad Biasa semula..Tapi kata doktor, saraf otak mak 1/3 sahaja yang masih elok..Keadaan mak yang terbaik pun dalam keadaan seperti sekarang..Pagi tu dapat tau selang sebelah dari katil mak di wad tu ade orang meninggal..Arwah tu dan 2 bulan koma di wad ICU, moga roh arwah dicucuri rahmatNya..Amin..
22 Disember, time aku tukar turn dengan Kak Iti untuk jaga mak..Pagi tu tekanan darah mak 200/107, mak demam 39.2, kencing manis plak 23 sampai nurse bagi suntikan untuk turunkan kencing manis mak..Malam tu aku dengan suami di rumah mertua..Niat dihati nak bermalam di Felda Jelai 3..Tiba-tiba dapat call dari Kak Iti...
"Mak dah takde............."
Aku rase cam dah tak bernyawa..Mak meninggal jam 9.50 malam di Hospital Kuala Pilah bertemankan Kak Iti..Aku dan suami terus ke hospital sebab IC mak ade kat aku..Sampai je kt wad, tengok hanya jasad mak..Terus badanku hampir ke dinding..Tubuh rasa tak berdaya..Tapi aku kene kuat demi baby yang ku kandungkan..Allah je yang tahu perasaan aku time tu..
Jenazah mak sampai rumah jam 1 pagi..Orang-orang blok sume datang tolong pe yang patut..Aku tengok muka mak time tu tenang je..Alhamdulilah..Mak pergi dengan aman..Malam tu kami sekeluarga menemani jasad mak dengan bacaan Al-Quran secara bergilir-gilir..Kene time apak, syahdu gile apak baca Al-Quran..Air mataku tak henti-henti mengalir..
Jam 10 pagi 23 Disember 2012, Iyong, Kak Iti dan orang-orang perempuan mandikan jasad mak..Aku tak kuat..Mak mentua dan adik-adik ipar aku pun datang ziarah..Selepas dimandikan..Mak dikafankan..Aku berdaya nak pakaikan mak celak, tangan menggelar menahan rasa sebak..
![]() |
Pic dulu-dulu.. Aiskrim Malaysia buatan mak special tul.. Lagi-lagi yang perisa asam masin.. Ada asamboi dalam ek.. |
Kenangan bergambar semasa Majlis Resepsiku pada 11 Mac 2012 yang lalu.. |
Mak gagahkan diri datang ke Majlis Bertandang aku.. Mak pakai berkaki tongkat empat tu.. |
![]() |
Sambutan Hari Ibu tahun 2012 yang lalu.. Kak Iti yang beli kek ni kat Gemas.. Time tu aku tak dapat join.. Sebab gi rumah mertua.. |
Aku ingat lagi..9 Oktober 2012 aku dan suami siap-siap nak gi Medan, Indonesia..Pagi tu time kemas-kemas barang..Mak pandang jer..Bile siap-siap nak gi airport..Aku salam tangan mak..Cium tangan mak..Cium pipi kanan nak..Cium pipi kiri mak..Mak dengan aku nangis tersedu-sedu..
Makkkk..Seri rinduu.............
Hajah Azizah Binti Abu dalam kenangan (23 Jun 1057 hingga 22 Disember 2012).....
~missseri~
~missseri~
sedih aku baca kisah ni....sabar ek.seri
BalasPadamTu la ramai gak yang kata sedey..Tapi aku create blog ni dengan tenang..maybe sebab dah redha mak aku g..ko bley komen..tp xdapat follow kt ne ek emi..
BalasPadam